15 Oct 2019

Great Britain hampiri final

Great Britain semakin hampir untuk beraksi di pentas final Piala Sultan Johor (SOJC) 2019 selepas merekodkan kemenangan ketiga ke atas Australia 1-0 di Stadium Hoki Taman Daya, hari 

Jamie Golden muncul wira Britain apabila menjaringkand gol kemenangan pasukan itu pada minit keenam.

Kemenangan itu membolehkan Britain mengumpul maksimum sembilan mata selepas mengharungi tiga perlawanan yang turut menyaksikan Britain mengatasi New Zealand 2-0 dan Jepun 2-1.

Britain yang hadir dengan reputasi selaku juara bertahan hanya memerlukan satu lagi kemenangan daripada baki dua perlawanan pusingan awal bagi mengesahkan slot beraksi di pentas final.

Skuad bimbingan Jon Bleby itu akan bertemu Malaysia esok sebelum dijadual menentang India untuk aksi terakhir saingan yang dijalankan mengikut format liga sepusingan pada Jumaat.

“Secara jujurnya kami tidak memikirkan mengenai peluang atau sama ada kami semakin hampiri final. Apa yang lebih penting buat kami adalah meningkatkan prestasi dalam setiap perlawanan.

“Kami akan bertemu Malaysia esok dan ia akan menjadi cabaran berbeza buat kami. Malaysia memiliki pemain yang baik, berkemahiran tinggi dan pantas. Ini akan memberi cabaran berbeza dan sesuatu untuk dipelajari pemain saya,” kata Bleby.

Sementara itu, jurulatih Australia, Ben Bishop percaya peluang buat anak buahnya untuk beraksi di final belum tertutup biarpun hanya mengumpul empat mata selepas mengharungi tiga perlawanan.

Dua perlawanan awal sebelum ini, Australia menang ke atas Jepun 2-1 dan seri 1-1 dengan Malaysia.

“Kami masih ada peluang kerana berbaki dua perlawanan macam-macam boleh berlaku. Mungkin ada pasukan lain yang akan tewas dan sebagainya.

“Tidak dinafikan situasi ini memberi kesukaran kepada kami untuk ke final namun bagi saya apa yang lebih penting buat kami adalah memperbaiki kelemahan dalam setiap perlawanan,” katanya.

Read 254 times
Rate this item
(0 votes)

OUR SPONSORS